SELCARE Clinic bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), pihak berkuasa tempatan, dan Polis Diraja Malaysia, telah bekerjasama dalam operasi pengujian komuniti yang disasarkan di bawah program Pasukan Petugas COVID19 Selangor.

Operasi yang bermula pada 11 April dan berakhir pada 23 April termasuk kawasan zon merah yang telah beroperasi 7 pusingan;

1. Hulu Langat

2. SUK, Shah Alam

3. Petaling & Klang

4. Shah Alam

5. Sepang

6. Hulu Selangor

7. Bandar baru Selayang

Dengan kekuatan gabungan kira-kira 70 sukarelawan, saringan dijalankan dengan kaedah pandu-lalu serta dari rumah ke rumah (termasuk rumah kejururawatan). Kaedah yang digunakan adalah RT-PCR yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

Sejumlah 5,433 sampel telah diuji dan 10 daripada mereka adalah positif. Dari nombor ini, 8 daripadanya adalah asymptomatic.

Gambar oleh Bernama, Malaysian Insight dan SelangorKini