Setiap tahun, tanpa gagal, dunia akan menghadapi Wabak influenza. Malaysia, sebagai negara tropika yang panas tidak terkecuali daripada wabak ini.

SELCARE Clinic mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan perkhidmatan pelalian di lokasi. Sesetengah pelanggan yang mempercayai perkhidmatan kami adalah seperti berikut;

1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

2. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK)

3. WCT Holdings Berhad

4. KL Pavillion Sdn Bhd

Permulaan tahun 2020 adalah sukar bagi Malaysia kerana kita menghadapi kekurangan vaksin influenza. Namun, SELCARE Clinic sentiasa berusaha dan memberi rawatan yang terbaik dalam menyediakan vaksin influenza. Sama ada ia adalah untuk organisasi, atau individu, SELCARE Clinic bersedia memberikan perkhidmatan kepada anda.